ALAMAT SEKOLAH
KM14, Jalan Kelantan, Kampung Tok Jiring, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu.
KENALI KAMI
Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman (MTT TOK JIRING) ditubuhkan pada tahun 1977, dahulu dipanggil sebagai Institusi Barakan. Buat masa ini, MTT Tok Jiring diuruskan oleh Ustaz Haji Muzaihar Kamal Bin Haji Mustapa Kamal selaku pengetua di sini.
Di sini, kami mempunyai seramai 100 orang kakitangan dan kakitangan sokongan yang setia lagi bersemangat. Kami sentiasa berusaha yang terbaik untuk menyediakan pusat pengajian yang selesa dan selamat, demi melahirkan generasi rabbani yang cemerlang.
Pengajian di sini berkonsepkan kurikulum bersepadu iaitu Tahfiz, Akademik dan Pengajian Islam. Kami juga menawarkan pengajian Tahfiz I'dadi untuk anak-anak pelajar yang berusia 12 tahun(bermula), manakala aliran Tahfiz Akademik buat pelajar yang berusia 13 tahun ke atas.
KEADAAN SEMASA RUANG DAPUR MTT TOK JIRING
Keadaan ruang makan pelajar MTT Tok Jiring
Keadaan ruang memasak yang sempit mengakibatkan kerja-kerja memasak menjadi terhad
Peralatan makan dan dapur yang kurang mencukupi sangat perlu diambil perhatian
Untuk Sumbangan Secara Manual/Bank Transfer/CDM, Boleh Bank In ke Akaun Di Bawah:
Usia kita jangan disiakan kerana ia tidak akan kembali.
Ingat lima perkara sebelum lima perkara:
sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati.
Ayuh sama-sama kita tanamkan azam dan tekad baru di tahun baru ini. Mulakan lembaran baru dengan bersedekah.