Kalini kami benar-benar berharap agar dapat siapkan bangunan kantin Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) dengan segera.
Pelajar masih lagi makan berhimpit di bawah khemah yang dijadikan sebagai kantin sementara ini.
Semakin hari, jumlah pelajar semakin bertambah. Setiap hari, mereka terpaksa menunggu giliran, terpaksa berhimpit untuk makan.
Tambahan pula, kami mempunyai 7 orang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) yang terpaksa beratur bersama-sama pelajar lain.
Jika musim hujan, kawasan sekitar khemah pula akan berlecak dan basah. Hal ini telah mengakibatkan pakaian serta kasut pelajar basah dan kotor.
Kami juga amat mengalu-alukan sumbangan daripada anda dalam membantu Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT).
InsyaAllah setiap sumbangan kita akan diberikan ganjaran oleh Allah.