Akaun maahadtahfizdaruliman.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

“Sekolah Dah Mula Tapi Pelajar Masih Makan Berhimpit Di Kantin”



Kalini kami benar-benar berharap agar dapat siapkan bangunan kantin Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) dengan segera.



Pelajar masih lagi makan berhimpit di bawah khemah yang dijadikan sebagai kantin sementara ini.


Semakin hari, jumlah pelajar semakin bertambah. Setiap hari, mereka terpaksa menunggu giliran, terpaksa berhimpit untuk makan.


Tambahan pula, kami mempunyai 7 orang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) yang terpaksa beratur bersama-sama pelajar lain.


Jika musim hujan, kawasan sekitar khemah pula akan berlecak dan basah. Hal ini telah mengakibatkan pakaian serta kasut pelajar basah dan kotor.


Sekaligus, memberikan rasa yang kurang selesa untuk mereka meneruskan sesi pembelajaran.




RUMAH DAPUR INI BAKAL MENEMPATKAN


Dapur dan kantin utama sekolah

▶ Dapur khusus untuk katering (sekiranya ada tempahan)

▶ Bakeri (untuk kemahiran pelajar)

▶ Rumah penyembelihan

▶ Pejabat

▶ Kedai



Alhamdulillah, hasil dari sumbangan orang ramai, hari ini kami telah berjaya menyelesaikan 80% bangunan kantin yang bakal dimanfaatkan oleh 650 orang pelajar. Kami menyasarkan pembangunan ini bakal siap sebelum sesi persekolahan bermula, tetapi apakan daya, dana yang diperlukan masih lagi tidak mencapai sasaran yang diperlukan.



APA YANG DIPERLUKAN?


RM450,000

masih lagi diperlukan untuk menyiapkan keseluruhan bangunan kantin termasuk peralatan di dalam bangunan.






Sukacita kami membuka peluang untuk anda niatkan sumbangan untuk orang tercinta seberapa banyak yang mungkin .


Kami juga amat mengalu-alukan sumbangan daripada anda dalam membantu Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT).


InsyaAllah setiap sumbangan kita akan diberikan ganjaran oleh Allah.



Makluman Tambahan:
1. Bagi pembayaran payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami. 
2. Pembayaran adalah termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk kos Pengurusan dan Operasi.
4. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: AMDIRA (01135886847).