Akaun maahadtahfizdaruliman.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

HANTARKAN BEKALAN PAHALA SEDEKAH KE TABUNG AKAUN AKHIRAT SEGERA

“Sebanyak RM 25,000 dana diperlukan bagi menaik taraf mini dewan serta bilik mesyuarat dengan kelengkapan moden buat kelancaran urusan Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman, Tok Jiring, Terengganu..."




Ke Manakah Infakmu?

 .

"Allah mendidik kita agar mencintai diri dan dan sesudah itu orang yang dicintai. Kesannya, kita ini mampu memberikan sebahagian harta kepada mereka dengan rela hati, sehingga sukalah kecenderungan fitrahnya. Hal ini tidaklah membahayakan sama sekali. Bahkan, terdapat hikmah dan kebaikan padanya". - Karya Buku Pujuklah Rasa, Dr. Robiah K. Hamzah, Pakar Motivasi & Kaunseling Keluarga


 Ayuh! Memujuk Rasa Berinfak Bersama Mahaad  Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman Hari Ini! 




LOKASI MAAHAD


KM 14, Jalan Kelantan, Kampung Tok Jiring, 21060 Kuala Nerus, Terengganu.

(Alamat MTT Tok Jiring)





Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman atau lebih mesra dipanggil MTT TOK JIRING telah ditubuhkan sejak tahun 1977 atas nama Institusi Berakan. Buat masa ini, MTT Tok Jiring telah diuruskan oleh Ustaz Haji Muzaihar Kamal Bin Haji Mustapa Kamal, selaku mudir di sini.


Seramai 100 orang kakitangan termasuk kakitangan sokongan MTT Tok Jiring yang masih setia dan berusaha menyediakan pusat pengajian bersepadu yang selesa dan selamat demi melahirkan generasi rabbani yang cemerlang.


Pengajian di sini berkonsepkan kurikulum bersepadu iaitu Tahfiz, Akademik dan Pengajian Islam. Institut Berakan atau MTT juga menawarkan pengajian Tahfiz I’dadi bermula usia 12 tahun manakala aliran Tahfiz Akademik seawal usia 13 tahun.


Pelajar juga menduduki peperiksaan dan penilaian seperti;

✔️ Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

✔️Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

✔️
Malaysian University English Test (MUET)

✔️Tahfiz serta Sijil Tahfiz Malaysia (STM)






MENGAPA TUAN PUAN PERLU BERINFAK BERSAMA KAMI?

.

MTT TOK JIRING mempunyai sebuah dewan mini serta sebuah bilik mesyuarat yang menempatkan pelbagai majlis bagi manfaat semua warga MTT. Kegunaan utama dewan mini, sebagai bilik kuliah bagi para pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).


Kami memerlukan peralatan canggih bagi memudahkan urusan serta melancarkan perjalanan setiap majlis yang diadakan. Melalui hiasan dalaman juga dapat menceriakan persekitaran dewan mini serta bilik mesyuarat. Dengan yang demikian, wujudlah suasana harmoni dan kondusif tanpa sebarang gangguan teknikal.

.

Dalam pada itu, di musim wabak yang penuh cabaran ini, operasi pengurusan sekolah agak tergendala. Semua peringkat terkesan dengan

pandemik yang melanda. Justeru, teruskanlah menyumbang bersama kami, agar kelancaran pengajian anak-anak pelajar dapat

dilaksanakan dan tidak terhenti.


 


Suasana keluasan serta persekitaran bilik mesyuarat dan dewan mini MTT Darul Iman Tok Jiring






BERAPA JUMLAH DANA YANG DIPERUNTUKKAN?


Sasaran dana keseluruhan yang diperlukan adalah sebanyak RM 32,000. Alhamdulillah, berkat kesungguhan para dermawan yang telah menyumbang kepada warga MTT  Tok Jiring selama ini, kini pihak kami hanya mencari dana berbaki berjumlah RM 25,000 lagi.

.

PERKEMBANGAN TERKINI

 .

Hasil kutipan dana daripada para dermawan, pada peringkat fasa 1 ini bertarikh (30 Mei 2021), kami telah berjaya menyediakan :

 

1. LCD Acer pd 1320wi: RM 2349

+ Direct wifi, Jangkaan hayat Panjang

+ Bajet RM 2500

  

2. Laptop LenovoRM 2999

  + Bajet RM 3000

 

3. Smart TV XiomeRM 779

+ 2 Unit

+ Bajet RM 750 per 1

 

4. Wall Mounted Projector ScreenRM 519

+ Saiz : 8 x 8 kaki

+ Bajet : RM 500



Inilah Smart TV Xiome yang telah dibeli oleh pihak kami untuk kegunaan pembelajaran dan pengajaran warga MTT Tok Jiring.



Kami juga telah berjaya mendapatkan LCD Acer pd 1320wi, Wall Mounted Projector Screen serta Laptop Lenovo.


.

 

BENTUK KEPERLUAN SUMBANGAN 


Sehingga kini, kami masih memerlukan bantuan dari sudut kewangan bagi membeli alatan moden serta barangan keceriaan. Antara kelengkapan barang tersebut ;

 

MINI DEWAN

 

1. Projector Ceiling Mount (Projector Holder): RM 200 x 1 = RM 200

2. Ceiling Green Screen: RM 500 x 1 = RM 500

3. Kabel HDMI (30M): RM 100 x 1 = RM 100

4. Audio System *Soundtrack: RM 3000

5. Networking (Wifi/Cable): RM 50 x 20 = RM 1000

6. Kerusi Banquet (kerusi A): RM 140 x 60 = RM 8400

7. Alas Meja + Upah Jahit: RM 50 x 20 = RM 1000

8. Keceriaan: RM 1000

.

BILIK MESYUARAT


1. Projector: RM 2500 x 1 = RM 2500

2. Laptop: RM 3000 x 1 = RM 3000

3. Projector Ceiling Mount (Projector Holder): RM 500 x 1 = RM 500

4. Projector Ceiling Screen (8ft): RM 500 x 1 = RM 500

5. Kabel HDMI (30M): RM 100 x 1 = RM 100

6. Audio System *Soundtrack: RM 2000

7. Alas Meja + Upah Jahit: RM 50 x 13 = RM 650

8. Keceriaan: RM 1000



 

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU KAMI?


Alhamdulillah, pihak kami telah menyediakan beberapa pakej istimewa bagi memudahkan tuan puan berinfak.


PAKEJ AJWA = RM300

PAKEJ SAFAWI = RM120

 PAKEJ ANBAR = RM30

 *Pakej-pakej ini hanya dijadikan bahan rujukan. Sumbangan dana adalah tidak terhad.  




Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah


 MAYBANK 

Nama DANA PEMBANGUNAN DAN PENDIDIKAN

No Akaun  :  5630 2863 4304


Tolong letakkan rujukan "InfakMTT" untuk mudahkan pihak kami agihkan dana.




Untuk mengetahui lebih lanjut tentang MTT Darul Iman Tok Jiring ini, segera tekan link pautan;


Website >  https://mttdaruliman.edu.my/

Facebook Profilhttps://www.facebook.com/mttdaruliman/

Instagramhttps://instagram.com/mttdaruliman.edu.my

Youtubehttps://www.youtube.com/user/mttdaruliman

.

Jazakallah Khairal Jazak diungkapkan buat tuan puan dan para dermawan yang sudi meluangkan sedetik masa berinfak bersama kami. Semoga Allah SWT mengurniakan jaminan yang terindah di akhirat kelak serta diganjari segala kenikmatan rezeki di dunia. Allahumma Amin.

.






Penafian:  

 

1. Bagi sumbangan mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas menyumbang di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.

2. Sumbangan termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.

3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: Ustaz Nafizul  (+601110315937).

4. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk kos pengurusan dan operasi.